Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu Isuzu Invander maut dalam kemalangan

6:45pm 25/02/2016 Leolerry Lajius 2240 views Tempatan
Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 35 tahun  maut apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar penghadang jalan menyebabkan kenderaan tersebut terjunam ke dalam longkang di Jalan Pintas Penampang berhadapan Bangunan ITCC, awal pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bingkor Baru Keningau dan bekerja sebagai pengurus binaan,  memandu kenderaan jenis Isuzu Invander tersebut meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah selepas tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang DSP Rosley Bin Hobden, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Donggongon dan apabila sampai sahaja di tempat lokasi kemalangan, mangsa dipercayai memandu kenderaan dengan laju sehingga gagal mengawal kenderaan seterusnya terbabas dan melanggar penghadang  jalan menyebabkan kenderaan terjunam ke dalam longkang dan pemandu tersebut juga tercampak ke luar dari kenderaan dan mati di tempat kejadian.

“Mangsa disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol dan sampel darah akan diambil bagi tujuan analisis kandungan alkohol,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat sementara menunggu pihak waris menuntut mayat mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan