Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu cuai, penunggang motorsikal maut

11:48am 12/12/2015 Leolerry Lajius 84 views Tempatan

IMG-20151212-WA0000

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal maut dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal Modenas Kriss dan sebuah Toyota Fortuner yang berlaku di Jalan KKIP, berhampiran Kilang Unimekar.

Mangsa Azmil B. Supitol, 28 tahun yang tinggal di Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah manakala tiga penumpang toyota fortuner itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M.Chandra Kejadian berlaku ketika motosikal dari arah Jalan Sepanggar menghala ke Taman Jaya Diri melalui Jalan KKIP, apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal tersebut telah terlanggar pada bahagian tepi sebelah kiri Toyota Fortuner yang keluar dari simpang (dari arah Kilang Unimekar) menyebabkan penunggang terhantuk ke cermin tepi sebelah kiri (pintu depan kiri) dan jatuh ke atas jalan.

“Kejadian adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu kenderaan Toyota Fortuner kerana cuai semasa keluar dari simpang hingga berlaku perlanggaran dengan motosikal tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan