Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu biadap ‘diajar’ wanita besi

9:24am 30/03/2017 Pak Roshan 57 views Global

Irkutsk, Siberia (Russia): Seorang lelaki memandu dengan cara bahaya di tempat letak kereta pusat beli-belah menerima padah apabila ‘diajar’ wanita besi Siberia selepas lelaki itu memberhentikan keretanya dengan mengejut di depan kereta wanita berkenaan.

Oksana Kosheleva, 34, yang berang dengan pemanduan bahaya itu menarik lelaki berkenaan keluar dari keretanya, memikulnya dan memasukkan lelaki itu ke dalam tempat simpan barang keretanya. Dia kemudian memandu keluar dari kawasan itu dan meninggalkan lelaki itu di tepi jalan.

Menurut Siberian Times, ketika kejadian, rakan lelaki itu yang dikenali sebagai Artyom, merakam aksinya menunjukkan kebolehan memandu di kawasan letak kereta berkenaan.

Oksana yang terkenal di Siberia dengan kekuatannya menarik lori, tram dan helikopter, tidak senang dengan perbuatan Artyom melakukan aksi ‘drift’ itu.

“Ia berlaku mengejut dan ini kali pertama berlaku kepada saya.

“Saya jerit kepadanya ‘Apa kamu buat ini? Ini tempat letak kereta’.

“Dia kemudian bertengkar dengan saya dan saya berkata ‘Kamu patut belajar cara letak kereta yang selamat, ada kanak-kanak di sini’, kata Oksana.

Menurutnya, dia memutuskan untuk ‘mengajar’ Artyom, bukan memukulnya.

“Saya wanita, berlawan bukan untuk saya,” katanya.

Artyom yang malu dengan kejadian itu berkata ‘tiada papa yang berlaku’.

Menurutnya, dia tidak melawan balik kerana mengenali siapa Oksana dan tahu kekuatannya.

Januari lalu, Oksana menarik dua tram berisi penumpang dengan jumlah berat 36 tan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan