Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu bantu wanita bersalin dalam bas

WANITA terbabit memeluk bayi yang baru dilahirkannya di dalam bas.
WANITA terbabit memeluk bayi yang baru dilahirkannya di dalam bas.

Buenos Aires: Seorang wanita melahirkan anaknya dalam sebuah bas dengan bantuan pemandu kenderaan itu dan dua anggota polis.

Kejadian berlaku di Santiago del Estero, wilayah di utara Argentina.

Pemandu bas, Christian Luna Garcilazo berkata, dia menghentikan basnya sebaik diberitahu wanita itu yang namanya tidak didedahkan mengalami kesakitan untuk melahirkan anak.

Dia kemudian meminta penumpang lain turun dan pada masa sama meminta bantuan polis.

Rakaman video yang menunjukkan kejadian di dalam bas itu menjadi viral di media sosial Argentina.

Ia menunjukkan dua anggota polis mententeramkan wanita berkenaan ketika dia meraung kesakitan sejurus sebelum bayi itu dilahirkan.

Menulis dalam media sosial, Garcilazo berkata: “Cabaran tugas seorang penumpang melahirkan anak dalam bas saya.”

Pada akhir rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berehat atas tempat duduk bas sambil memeluk erat bayinya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan