Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMANCING HILANG TERJATUH DI LAUT

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji (kanan) ketika melawat pusat operasi SAR pemancing yang hilang di perairan Pulau Sepanggar. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika memancing di perairan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa Chong Cheon Kean, 48, bersama anaknya dan dua rakan yang lain sedang memancing di kawasan berkenaan.

Semasa mangsa membaling pancing ke laut, ombak sederhana kuat telah menghempap bot yang dinaiki mereka menyebabkan mangsa terhumban ke laut. Pada masa yang sama, bot kayu yang dinaiki dimasuki air dan hampir karam.

Menurut anak mangsa yang dikenali, Danny, 20an, ketika kejadian dia bersama dua yang lain bertindak berusaha mencari ayahnya namun tidak berjaya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, anak mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra untuk membuat laporan rasmi kejadian bagi tujuan meminta bantuan mencari dan menyelamat pada subuh tadi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan beberapa pasukan penyelamat untuk mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pusat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sabah telah mengkordinasikan operasi mencari dan menyelamat pada jam 9 pagi dengan membuat pemantauan dan pencarian sekitar kawasan kejadian seluas 45 batu nautika persegi.

Sektor pencarian dipecahkan kepada empat sektor yang melibatkan aset dari Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Setakat pukul 4 petang, mangsa belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan