Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemaju PPR Kampung Kabogan digesa siapkan projek 1,000 unit rumah

Bangunan PPR  Semporna di bawah Jabatan Perumahan Negara  yang terbengkalai sejak sekian lama.
Bangunan PPR Semporna di bawah Jabatan Perumahan Negara yang terbengkalai sejak sekian lama.

SEMPORNA – Kontraktor yang mengendalikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Kabogan, di sini, digesa mempercepatkan kerja-kerja menyiapkan bangunan perumahan itu yang telah lama terbengkalai.

Pembinaan PPR itu dimulakan pada 2006 di bawah projek Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan ia sepatutnya siap pada 2010, melibatkan 1,000 unit rumah yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 penghuni.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, pihak pemaju perlu mengambil langkah proaktif dengan menyiapkannya segera bagi kepentingan rakyat.

“Walau bagaimanapun, sehingga kini bangunan tersebut belum dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan berkenaan disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di tapak PPR di Kampung Kabongan.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) menambah,

kelewatan projek bukan sahaja merugikan kerajaan, malah mencalarkan imej kerajaan kerana  memberi kesan kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan tempat tinggal. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan