Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemaju perlu sedia rumah mampu milik berkualiti – Musa

Musa (empat dari kanan) bersama Isnin (tiga dari kanan), Shaid (enam dari kiri ketika memotong riben sebagai gimik perasmian PR1MA Beaufort.

Beaufort : Pemaju perumahan perlu memikul tanggungjawab menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata langkah itu perlu supaya rakyat tidak terbeban dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, di samping membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Kita minta agar semua pemain industri turut bertanggungjawab dengan memastikan rumah yang dijual bukan sahaja dengan harga berpatutan, tetapi juga berkualiti.

“Harga rumah yang dijual pula seharusnya berpatutan kerana jika dijual dengan harga yang mahal, ia akan menjadi beban kewangan kepada para pembeli,” ujarnya.

Dalam ucapannya ketika merasmikan Perumahan PR1MA Daerah Beaufort, Musa turut mengingatkan para pemaju agar menyiapkan projek perumahan masing-masing mengikut jadual ditetapkan.

Menurut beliau, setakat ini, terdapat 27 ribu unit peruhaman sedang diusahakan PR1MA serta meminta rakyat agar terus memberi sokongan dan mandat kepada kerajaan sedia ada bagi merealisasikan program murni berkenaan.

Pada majlis itu, beliau melawat unit kediaman contoh yang telah siap dibina oleh arkitek Sabah untuk masyarakat di negeri ini dan melihat kerja-kerja pembinaan beberapa unit lain yang sedang berjalan.

Antara yang hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Moh Dun, mantan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Ketua Umno Bahagian, Datuk Isnin Aliasnih, Pegawai Daerah, Mohd Shahid Othman./Penerangan-

Musa (dua dari kiri) melawat kerja-kerja pembinaan rumah berkenaan oleh anak-anak tempatan.

Komen


Berita Berkaitan