Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemain Leicester dapat hadiah kereta

JUTAWAN Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha. - Foto Reuters
JUTAWAN Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha. – Foto Reuters

LONDON: Jutawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha bakal memberikan ganjaran kepada semua 30 pemain Leicester City dengan sebuah kereta susulan kejayaan kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Menurut laporan Sportsmail, semua pemain akan menerima sebuah kereta Mercedes model B-Class Electric Drive.

Kereta itu dianggarkan bernilai 32,670 pound (RM190,786).

Ia sekali gus menyaksikan Srivaddhanaprabha akan mengeluarkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak 1 juta pound (RM5.83 juta).

Sebelum ini, pemilik Leicester itu menjanjikan percutian mewah untuk skuad kendalian Claudio Ranieri di Las Vegas andai bergelar juara liga musim ini.

Bagaimanapun, Srivaddhanaprabha percaya kejayaan menakjubkan yang dilakar The Foxes perlu ditambah dengan ganjaran yang lebih setimpal. – Agensi/BH Online

Komen


Berita Berkaitan