Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemain industri perlu ikuti perkembangan semasa berkaitan industri minyak dan gas- Musa

3:50pm 23/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 58 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
RASMI... Raymond memukul gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik pelancaran SOGCE, disini, hari ini.

RASMI… Raymond memukul gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik pelancaran SOGCE, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Pemain industri minyak dan gas perlu menjadi lebih inovatif dengan mengikuti segala perkembangan terkini berkaitan industri itu untuk menarik lebih banyak pelaburan besar ke negeri ini, kata Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Musa yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata ia termasuklah merebut peluang dalam sektor hiliran dan pertengahan dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

Katanya, terdapat beberapa cadangan untuk membina sebuah loji Ammonia Urea (SAMUR) yang kedua di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP).

” Pada masa akan datang, Sabah akan terlibat dalam banyak aktiviti hiliran sekiranya PETRONAS dapat menghasilkan lebih banyak gas semula jadi,” katanya semasa berucap sempena majlis perasmian Pameran dan Persidangan Minyak dan Gas
Sabah kali ke- 5 (SOGCE), disini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Selain itu, Musa berkata beliau yakin akan kemampuan indusrti minyak san gas di negeri ini untuk menempuhi segala cabaran termasuklah kenaikan harga minyak dunia.

” Harga minyak dunia meningkat disebabkan oleh permintaan yang tinggi akan berterusan.

” Saya yakin bahawa syarikat-syarikat industri minyak dan gas, khususnya di Sabah akan dapat mengharungi segala cabaran dan akan semakin kukuh dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata penganjuran SOGCE itu mampu membantu pemain industri tempatan dalam mencari lebih banyak peluang, idea dan strategi serta mendapatkan maklumat berkaitan untuk menceburi dalam perniagaan minyak dan gas di Malaysia dan seluruh dunia.

“SOGCE merupakan sebuah platform yang boleh meningkatkan kerjasama dan perkongsian untuk faedah bersama dalam indusrti ini disamping bertukar pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam perniagaan masing- masing,” katanya.

Selain itu, Pengerusi penganjur, Dolly Jimayol berkata lebih dari 20 panel dan speaker tempatan mahupun luar negara turut menyertai persidangan yang berlansung selama dua hari yang bermula dari hari ini sehingga esok.

Diantaranya, Naib Presiden Malaysia Petroleum Management, Muhammad Zamri Jusoh, Petronas Holdings Bhd, Pengurus Besar, Sabah Shell Malaysia, Ian Lim, Pengurus Besar, Sabah Assets, Murphy Sabah Oil Co. Ltd, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Datuk Azman Ismail.

Sempena persidangan itu, katanya, turut terdapat majlis menandatangani perjanjian kerjasama Petra Resources Sdn Bhd and Evolusi Bersatu Sdn Bhd, Voss Engineering Sdn Bhd dan Montis Sdn Bhd serta kerjasama antara Sequ Offshore Safety dan TAS Institute of Oil and Gas.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Raymond menerima penghargaan daripada salah sebuah boot pameran sempena persidangan itu

Raymond menerima penghargaan daripada salah sebuah boot pameran sempena persidangan itu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan