Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemain industri pelancongan perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan

6:56pm 02/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 110 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi menandatangani plak papan sempena perasmian pembukaan pejabat baru MCAW Holidays Sdn Bhd dan disaksikan oleh Christina

Masidi menandatangani plak papan sempena perasmian pembukaan pejabat baru MCAW Holidays Sdn Bhd, di MetroTown, di sini, pagi tadi dan disaksikan oleh Christina. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

KOTA KINABALU- Para pemain industri pelancongan perlu meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan industri pelancongan dalam negeri ini, kata Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Masidi yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata industri pelancongan khususnya di negeri ini perlu dijaga dengan baik kerana sebahagian besar daripada pemain-pemain industri pelancongan merupakan orang tempatan.

“Industri pelancongan di Sabah merupakan sebuah industri yang banyak disertai oleh masyarakat setempat dimana 100 peratus daripada pemain industri adalah bumiputera Sabah sendiri”, kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baru MCAW Holidays Sdn Bhd, Metro Town, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau turut menasihati kepada peniaga terutamanya yang terlibat dalam industri tersebut agar bijak dalam menguruskan perbelanjaan syarikat mereka.

Sementara itu, Pengarah MCAW Holidays Sdn Bhd, Christina Jurie berkata bahawa pihak mereka yakin dapat membantu untuk memantapkan industri pelancongan negeri ini dengan menjadi salah satu agensi pelancongan di Sabah.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Ejen Pelancongan Sabah (SATTA), Dato’ Seri Winston Liaw.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Kenangan.. Christina (tengah) bersama Masidi dan Winston. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Kenangan.. Christina (tengah) bersama Masidi dan Winston. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan