Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemain industri pelancongan perlu menjalankan sebuah perniagaan yang amanah- Masidi

4:48pm 19/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 72 views Berita Pilihan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi (tengah) dan Kim (barisan hadapan, dua dari kiri) serta para jemputan merakamkan gambar kenangan bersama para perserta sempena program "ASEAN- Korea Tourism Capacity Building Program", disini, di sini

Masidi (tengah) dan Kim (barisan hadapan, dua dari kiri) serta para jemputan merakamkan gambar kenangan bersama para perserta sempena program “ASEAN- Korea Tourism Capacity Building Program”, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Setiap pemain industri pelancongan dinasihati agar menjalankan sebuah perniagaan yang cekap dan amanah dalam mendapatkan kepercayaan daripada pihak- pihak berkepentingan terutamanya para pelancong, kata Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Masidi yang merupakan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah berkata para pemain industri perlu memastikan bahawa mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelancong yang mengunjungi negeri ini.
“Kepercayaan merupakan perkara yang amat penting dalam industri pelancongan. Oleh itu, kita harus boleh dipercayai, bertanggungjawab dan dapat memenuhi seperti yang dijanjikan kepada mereka (para pelancong).
“Perkara penting dalam sebuah perniagaan khususnya perniagaan berkaitan pelancongan bukan hanya terletak pada strategi pemasarannya, tetapi kepercayaan antara dua pihak juga merupakan aspek penting dalam sesebuah perniagaan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program “ASEAN- Korea Tourism Capacity Building Program”, disini, hari ini.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada masyarakat setempat agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan palsu yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan masyarakat luar terhadap negara ini.
“Saya percaya, jika kita memandang sesuatu perkara secara objektif, kita mampu mengawal krisis yang menimpa sesebuah negara itu,”katanya
Disamping itu, lebih kurang 80 pihak berkepentingan dalam industri pelancongan termasuklah pemandu pelancong, agensi pelancongan, restoran, dan hotel menghadiri bengkel tersebut
Menurut Masidi, bengkel tersebut bertujuan mengukuhkan industri pelancongan khususnya di Korea dan Malaysia.
Tambahnya, bengkel itu turut memberi pendedahan kepada kaedah- kaedah baharu dalam memantapkan industri pelancongan disamping meningkatkan jumlah ketibaan pelancong Korea di negeri ini.
“Pelancong Korea turut merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam peningkatan jumlah ketibaan pelancong ke negeri ini selepas pelancong China,”katanya.
Masidi turut mengumumkan sebuah syarikat penerbangan dari Korea bakal memulakan penerbangan ke daerah ini bermula 20 Julai, tahun ini.
“Ini bermakna kita akan mempunyai 20 penerbangan antara Korea dan Kota Kinabalu dalam seminggu. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik kerana ia memberi peluang kepada ramai masyarakat Korea untuk melancong ke Sabah di samping merancakkan industri pelancongan di Sabah,”katanya.
Terdahulu, jumlah ketibaan pelancong Korea ke negeri ini meningkat kepada 138,867 pada tahun 2015 berbanding 114,240 pada tahun sebelumnya.
Hadir sama, Setiausaha Agung Pusat ASEAN- Korea, Kim Young Sun, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Nirwan Noh, Ketua Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan di bawah Pusat ASEAN- Korea, Muhamad Daus Muhamad Arif, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar.-Elezebeth Esther/SayangSabah
CENDERAHATI.... Kim (kanan) menerima cenderahati daripada Masidi (kanan) dan disaksikan oleh Nirwan (kiri).

CENDERAHATI…. Kim (kanan) menerima cenderahati daripada Masidi (kanan) dan disaksikan oleh Nirwan (kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan