Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelumba basikal malang dirempuh rusa

rusa

Dublin: Gambar luar biasa ini menunjukkan detik-detik seekor rusa melintas jalan dan bertembung dengan seorang penunggang basikal yang menyertai pertandingan triatlon.

Shane O’Reilly, 30, yang berasal dari Blackrock di Dublin hanya perlu menghabiskan 10 kilometer perlumbaan lagi apabila basikalnya berlanggar dengan haiwan berkenaan di Taman Phoenix.

O’Reilly memberitahu stesen penyiaran Ireland, RTE, kemalangan pada Ahad lalu itu menyebabkan topi keledarnya retak, tetapi dia berjaya menamatkan perlumbaan.

“Topi keledar ini menyelamatkan saya. Selain itu saya hanya sakit pada bahagian bahu dan pening kepala,” katanya.

Lebih 1,000 peserta menyertai pertandingan Triatlon Dublin City di taman itu yang menempatkan kira-kira 500 ekor rusa.

Jurugambar Erik Scraggs berada di acara berkenaan berjaya merakamkan detik luar biasa itu.

Katanya, dia menyangka rusa itu cuba untuk melompat melepasi penunggang basikal berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan