Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peluk orang kumpul duit bedah anak

CHEN dilihat bersama Nana (duduk, kanan).
CHEN dilihat bersama Nana (duduk, kanan).

Beijing: Seorang ibu muda dilihat beberapa kali menjual pelukannya di sebuah stesen kereta api bawah tanah yang sibuk di Chongqing dalam usaha mengutip wang bagi pembedahan anak perempuannya yang menghidap leukemia.

Chen Dejuan, 28, dilihat di stesen itu baru-baru ini memegang papan tanda kecil yang tertulis: “Menjual pelukan – 10 yuan (RM6) setiap satu.”

Di sebelahnya anak perempuannya berusia empat tahun, Nana yang membawa alat bantuan pernafasan dan hampir botak.

Chen berkata, dia berasal dari Guangdong manakala suaminya penduduk tempatan.

Kedua-duanya bekerja di Shandong dan baru mendapat tahu mengenai penyakit Nana Mei lalu selepas kanak-kanak itu jatuh dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Nana mendapat rawatan di empat hospital berbeza di Shandong, tetapi Chen dan suaminya memutuskan untuk menghantarnya ke Chongqing.

Setakat ini merek menghabiskan simpanan 70,000 yuan (RM43,000) selain meminjam wang untuk rawatan Nana sejak beberapa bulan lalu.

Chen berjaya mengutip derma 600 yuan (RM370) dalam tempoh sejam.

Ada yang menawarkan wang manakala ada juga yang membuat pemindahan secara elektronik selepas membaca kisahnya di Internet.

Chen berkata, itu usaha terakhirnya kerana dia dan suami semakin terdesak.

“Memang tindakan saya ini memerlukan keberanian,” katanya.

Seorang jururawat di Chongqing mengesahkan keadaan Nana selain mengaku kanak-kanak itu mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Kisah puluhan ibu bapa yang berpendapatan rendah semakin tersebar di Internet melakukan apa saja semata-mata mahu mengumpulkan wang untuk anak yang sakit.

April lalu, seorang pengemis di Anhui dilaporkan memakai kostum kuda dan menawarkan orang menunggangnya dengan harga AS$1 (RM3.80) untuk mengumpulkan wang bagi anaknya yang menghidap leukemia. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan