Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peluang warga Indonesia di Sabah lanjut pelajaran

Herman Prayitno bergambar bersama dua orang mahasiswa UT, Nurul Afifah (dua dari kiri) dan Moses Tobi Maran (tiga dari kiri). - Foto DEWIANA / Sayangsabah
Herman Prayitno (kiri) bergambar bersama dua orang mahasiswa UT, Nurul Afifah (dua dari kiri) dan Moses Tobi Maran (tiga dari kiri). – Foto DEWIANA / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Warga Indonesia yang tinggal di Sabah dan Sarawak kini boleh melanjutkan pelajaran mereka dalam pelbagai bidang apabila Universitas Terbuka secara rasmi dilancarkan di sini hari ini.

Duta Besar Republik Indonesia, Herman Prayitno berkata, pembukaan universiti itu merupakan usaha kerajaan memberikan lebih banyak peluang melanjutkan pendidikan kepada warganegaranya di negara ini.

Justeru itu, beliau menyeru warga Indonesia agar merebut peluang yang diberikan itu bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan taraf hidup masing-masing.

“Hanya melalui pendidikan akan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya saing seterusnya menjadikan  Indonesia sebuah negara yang maju dan kuat,” katanya semasa berucap merasmikan pelancaran Universitas Terbuka di Konsul Jeneral Republik Indonesia di sini hari ini.

Sejak tahun 2009, universiti berkenaan telah membuka cawangan di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Warga Indonesia yang berjaya diterima melanjutkan pelajaran di universiti tersebut akan menerima biasiswa dari Kerajaan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau turut mengucap tahniah kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam pembukaan cawangan universiti itu di Sabah dan Sarawak.

“Tawaran pendidikan yang bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi diharapkan akan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Indonesia yang berada di negara ini,” katanya lagi.

Antara jurusan dan program yang ditawarkan oleh Universitas Terbuka ialah Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Fakultas Ekonomi, Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan serta Program Pascasarjana.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan