Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peluang terbaik tangkap Santoso

SANTOSO
SANTOSO

Jakarta: Jawatankuasa Hal Ehwal Keamanan dan Antikeganasan Parlimen Indonesia semalam menggesa Badan Anti-Keganasan Nasional (BNPT) meningkatkan usaha penangkapan Santoso, pemimpin Mujahidin Indonesia Timur.

Anggota jawatankuasa, Sufmi Dasco Ahmad berkata, BNPT seharusnya menjadikan pengikut Santoso yang menyerah diri kerana kebuluran baru-baru ini sebagai momentum untuk mempercepatkan penahanan Santoso.

Katanya, kumpulan yang diketuai Santoso yang kini bersembunyi di hutan di Poso, Sulawesi semakin lemah jika dibandingan setahun lalu.

Operasi Tinambola yang menggabungkan polis dan tentera Indonesia masih belum berjaya menangkap Santoso sejak melancarkan gerakan itu awal tahun ini.

Sufmi menggesa BNPT yang diketuai Komisioner Jeneral Toto Karnavian menetapkan tempoh untuk menangkap ketua militan berkenaan.

“Memang kita tahu keadaan hutan di Poso itu tebal, menjadikan Santoso dan konconya sukar dikesan. Tetapi kita tahu, inilah saat yang terbaik untuk menangkap militan itu dan saki-baki pengikutnya selepas dua daripada mereka ditangkap,” kata Sufmi.

Sebelum ini, dua anggota Mohamaed Sulaeman dan Ibadurrohman ditangkap beberapa hari lalu ketika merayau meminta makanan daripada penduduk kampung.

Ia mengesahkan laporan perisikan bahawa Santoso dan pengikutnya kini berdepan dengan masalah bekalan makanan selepas dikepung anggota keselamatan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan