Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peluang ikan lumba-lumba hidup tipis

Ikan lumba-lumba yang ditemui terperangkap di Pantai Teluk Likas, semalam, kini di tempatan di pusat penjagaan BMRI UMS. - foto ihsan JHLS
Ikan lumba-lumba yang ditemui terperangkap di Pantai Teluk Likas, semalam, kini di tempatan di pusat penjagaan BMRI UMS. – foto ihsan JHLS

KOTA KINABALU – Ikan lumba-lumba yang ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian badannya, di Pantai Teluk Likas, semalam oleh orang awam, kini menunjukkan positif.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) William Baya memberitahu, haiwan berkenaan ketika ini di bawah jagaan rapi pihak Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Spesies Risso Dolphin itu telah di tempatkan di pusat penjagaan BMRI. Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati ikan tersebut terperangkap di kawasan cetek disebabkan lemah akibat jangkitan kronik (bakteria, virus dan parasit,” katanya di sini hari ini.

William berkata, ikan lumba-lumba tersebut, meskipun dalam keadaan stabil, namun ia kadang kala lemah akibat kurang tenaga selain kecederaan yang dialaminya.

Semalam, SayangSabah melaporkan penemuan seeokor ikan lumba-lumba berukuran tiga meter panjang di Pantai Teluk Likas oleh orang awam yang berada di kawasan itu.

Kakitangan BMRI UMS yang membantu merawat ikan lumba-lumba di pusat jagaan itu. - foto ihsan JHLS
Kakitangan BMRI UMS yang membantu merawat ikan lumba-lumba di pusat jagaan itu. – foto ihsan JHLS

Pasukan veteriner dari JHLS dengan kerjasama pakar BMRI yang dimaklumkan mengenai penemuan ikan lumba-lumba tersebut terus melakukan operasi menyelamat haiwan itu yang didapati masih hidup dan diberikan rawatan.

Sementara itu, Pensyarah BMRI, Dr. John Madin berkata, haiwan mamalia itu memerlukan perhatian rapi dan disebabkan keadaannya ketika ini yang terlalu lemah.

“Kita tidak galakkan kehadiran terlalu ramai orang melihatnya dalam satu-satu masa bagi mengelak ia berada tertekan, apatahlagi dengan keadaannya yang masih lemah. Tetapi hari ini, ia sudah boleh makan dan kita berinya makan sotong,” katanya kepada SayangSabah.

Jika mengatakan peluang haiwan tersebut untuk pulih adalah tipis, namun beliau tetap optimis masih ada sinar harapan dan usaha sedang dijalankan bagi menyelamatkannya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan