Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peluang cerah wanita dalam perniagaan

Zakaria dan Armani bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa yang hadir semepna Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok Wanita Umno Libaran, di Dewan Sri Libaran.
Zakaria dan Armani bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa yang hadir semepna Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok Wanita Umno Libaran, di Dewan Sri Libaran.

SANDAKAN – Wanita UMNO di negeri ini disaran supaya melibatkan diri dengan lebih serius dalam bidang perniagaan dan keusahawanan kerana mereka mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Ini kerana, pelbagai bentuk sokongan telah diberikan kepada ahli Wanita dan para pelatih di semua peringkat samada daripada agensi kerajaan mahupun swasta.

“Dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK), Wanita mempunyai peluang yang cerah untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Cawangan Berkelompok Wanita UMNO Bahagian Libaran di Dewan Sri Libaran, di sini hari ini.

Armani yang juga Exco Wanita menegaskan sokongan dan peluang telah diberikan oleh kerajaan menerusi pelbagai agensinya, justeru wanita perlu berusaha untuk mengubah hidup keluarga ke zon selesa.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris.  Mesyuarat Cawangan Wanita UMNO Bahagian bermula 15 Mac lalu dan berakhir 2 Mei depan. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan