Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelihara, wariskan pokok rumbia kepada generasi muda

4:13pm 23/08/2016 Leolerry Lajius 30 views Tempatan
Demonstrasi mencari 'butod' iaitu ulat rumbia yang dilakukan oleh Kamarlin.

Demonstrasi mencari ‘butod’ iaitu ulat rumbia yang dilakukan oleh Kamarlin.-Penerangan

KUALA PENYU :   Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menggesa masyarakat menjaga, memelihara serta memberi pendidikan mengenai pokok rumbia untuk diwariskan kepada generasi muda.

“Sebatang pokok rumbia memakan masa kira-kira 10 tahun untuk menjadi matang dan penebangan pokok rumbia tanpa tindakan memulihara atau menanam semula boleh menyebabkan kepupusan dan mengancam habitat haiwan.

“Memusnahkan kawasan rumbia untuk dijadikan ladang penempatan baru, pembakaran hutan dan penebangan pokok yang berleluasa juga akan merugikan kita,” katanya.

Teks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Kamarlin Ombi pada Majlis Perasmian Pesta Rumbia ke-27 dan Program Mobile CTC 2016 di sini, pada Sabtu.

 Kamarlin dan Limus (kiri) 'menggarus' batang pokok rumbia untuk menghasilkan serbuk sagu.

Kamarlin dan Limus (kiri) ‘menggarus’ batang pokok rumbia untuk menghasilkan serbuk sagu.-Penerangan

Tambah beliau, generasi baru akan mengecapi keistimewaan pokok serbaguna itu apabila ia terpelihara dengan baik.

Jelas Musa, khazanah berharga itu juga boleh menjana peluang ekonomi menerusi produk seperti sumber makanan, kraftangan dan alat keperluan asas.

Sambutan pesta pada tahun ini mempromosikan tema ‘Rumbia Warisan Kita, Penjana Ekonomi, Peneraju Tradisi’ yang berlangsung sehingga Ahad.

Antara pengisian programnya adalah demonstrasi memproses sagu secara tradisional, pertandingan mengukir rumbia, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta,  selain persembahan berinformatif Pentarama Jabatan Penerangan Negeri Sabah, pada malam Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Limus Jury; Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih; Pegawai Daerah, Abd Rahim Yacob serta para pemimpin masyarakat./PENERANGAN

Kamarlin (enam dari kanan) melakukan acara simbolik semasa perasmian.-Penerangan

Kamarlin (enam dari kanan) melakukan acara simbolik semasa perasmian.-Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan