Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelihara, pertahankan Tanah Geran Komunal-Musa

3:12pm 19/10/2016 Leolerry Lajius 37 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

NABAWAN: Benefisiari atau penerima geran komunal digesa menjaga, memelihara dan mempertahankan tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata geran komunal Kampung Logonggon, Pagalungan dengan keluasan 8,600 ekar telah diserahkan kepada 339 benefisiari di kampung tersebut.

“Isu–isu tanah sangat dekat di hati rakyat dan sebagai pemimpin, kita bekerja keras,turun padang dan membantu mengatasi serta menangani apa juga isu berkaitan tanah secara berperingkat kerana isu ini telah lama berlarutan.

“Walau pun masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan sekelip mata atau dalam masa yang singkat, namun kita berjaya menyelesaikan banyak isu tanah dan banyak geran tanah telah diberikan kepada orang kampung,” ujarnya.

Musa berharap tanah yang diberikan akan diusaha dan dibangunkan dengan aktiviti yang bermanafaat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat melalui aktiviti bercucuk tanam.

Jelasnya, rakyat akan menikmati manafaat akan dinikmati pada masa kini dan juga generasi yang akan datang menerusi usaha gigih dan menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan kerajaan.

Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Geran Komunal di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Infrastruktur merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Bobbey A. Suan berkata kunjungan dan penyerahan geran komunal itu merupakan bukti bahawa kerajaan telah menunaikan janji seiring dengan tema parti Barisan Nasional, ‘Janji Ditepati’.
Sehingga kini daerah tersebut mempunyai tanah seluas 34,374 ekar geran komunal yang melibatkan 55 buah kampung dan 1,616 benefisiari.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrasturktur Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan;  Timbalan Ketua Menteri dan Menteri-menteri Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan./PENERANGAN-

Musa ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

Musa ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan