Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelihara perpaduan, keharmonian, keamanan dan budaya bersatu padu- Musa

Musa melakukan gimik perasmian Sukan Tradisi iaitu menyumpit dan disaksikan oleh Pairin serta dif- dif kehormat yang lain. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Musa melakukan gimik perasmian Sukan Tradisi iaitu menyumpit dan disaksikan oleh Pairin serta dif- dif kehormat yang lain. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

PENAMPANG- Masyarakat di negeri ini perlu sentiasa memelihara perpaduan, keharmonian, keamanan dan budaya bersatu padu, kata Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata keamanan dan perpaduan boleh disemai dan dikukuhkan melalui penglibatan dalam program- program kebudayaan disamping pendidikan di sekolah dan juga di peringkat keluarga.

“Dengan adanya perayaan seperti pesta menuai dan pameran tradisi ini, kita dapat mengeratkan tali silaturahim di antara semua masyarakat di negeri ini.

“Walaupun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama, apa yang penting ialah kita perlu menghormati tradisi dan kebudayaan kaum lain di negeri ini,”katanya.

Rasmi.. Musa memukul gong sebanyak tujuh kali sebangai tanda perasmian Sukan Tradisi, Pameran Hasil Pertanian dan Alat- Alat Kebudayaan Kadazan, Dusun, Murut (KDM) Sempena Pesta Kaamatan Peringkat negeri Sabah 2016, disini, hari ini.

Rasmi.. Musa memukul gong sebanyak tujuh kali sebangai tanda perasmian Sukan Tradisi, Pameran Hasil Pertanian dan Alat- Alat Kebudayaan Kadazan, Dusun, Murut (KDM) Sempena Pesta Kaamatan Peringkat negeri Sabah 2016, disini, hari ini. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

DSCF7117

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sukan Tradisi, Pameran Hasil Pertanian dan Alat- Alat Kebudayaan Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), disini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan (MOC) Peringkat Negeri Tahun 2016, Tan Sri Datuk seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Koordinasi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2016, Datuk Seri Panglima Dr Clarence Bongkos Malakun.

Menurut Musa, Sabah mempunyai banyak sukan tradisi dan rumah tradisional yang sangat unik dan menarik untuk diketengahkan bukan sahaja sebagai warisan budaya, tetapi sebagai produk dan potensi pelancongan yang meraik kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Kita mahu orang luar sedar bahawa negeri ini mempunyai tradisi kaum yang pelbagai yang perlu kita pamerkan untuk dilihat dan diketahui oleh umum,”katanya.

MESRA.. Musa menari tarian etnik Dusun Sandayo, Paitan. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

MESRA.. Musa menari tarian etnik Dusun Sandayo, Paitan. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Beliau berkata, usaha- usaha mempromosi dan mengembangkan keunikan tradisi perlu dipertingkatkan sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat antarabangsa.

Dalam pada masa sama, beliau turut menyeru kepada semua pihak agar bersama- sama mengembleng tenaga meningkatkan semula minat rakyat khususnya generasi muda terhadap sukan tradisi itu.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, Menteri Tnaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji
Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Pairin beramah mesra bersama golongan belia yang lengkap berpakaian tradisional Dusun Tindal Kota Belud. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Pairin beramah mesra bersama golongan belia yang lengkap berpakaian tradisional Dusun Tindal Kota Belud. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan