Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelihara identiti budaya Sino

10:14am 15/11/2015 Leolerry Lajius 482 views Berita Pilihan,Mutakhir,Warisan Budaya
Natasha Lee diapit oleh Precilla Ah Soon dan Roseanne Tay-Gambar Oleh Jimmy Tan

Natasha Lee diapit oleh Precilla Ah Soon dan Roseanne Tay-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Pelihara identiti budaya anda melalui pengilabatan secara aktif dalam persatuan.

Begitu lah pesanan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohamad Hj. Alamin kepada 25,000 kaum Sino Kadazandusun Murut diseluruh Sabah semalam ketika berucap pada Pesta Koubasanan Om Raani Tavanus Tadau Sino Kadazandusun Murut Sabah tahun 2015 di Putera Theatre Ballrom Bukit Padang semalam.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Sementara itu, Presiden PSKDMS Datuk Johnny Goh melahirkan harapan agar kerajaan negeri Sabah memberi pengiktirafan kepada identiti warga sino seperti yang tercatat dalam ‘Cap.64 Definition of Native’ dan digelar sebagai kaum etnik penuh Anak Negeri Sabah.

Raani Tavanus tahun 2015 disandang oleh Natasha Lee tempat kedua Prescilla Ah Soon, tempat ketiga Roseanne Tay, tempat keempat Tracy Chee Nyuk Len, tempat kelima Carry Evanne, tempat keenam Nicole Sharon Chong Jie Nie, dan di  tempat ketujuh Jassy Foo.

Bagi kategori ‘Natural Beauty’ disandang oleh Sharon Kung, Miss Cheongsam dan Miss Sino FB Glame and Fame Lusilah Retni Lim dan bagi Miss Friendly Marlelen Binti Fook Loi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Barisan pemenang Pesta Kouvasanan Tadau Sino Kadazandusun Murut tahun 2015-Gambar Oleh Jimmy Tan

Barisan pemenang Pesta Kouvasanan Tadau Sino Kadazandusun Murut tahun 2015-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan