Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelihara Flora Dan Fauna

flora fauna

KENINGAU: Masyarakat diajak bersama-sama untuk memulihara keindahan flora dan fauna yang terdapat di taman-taman di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman- Taman Sabah Dato Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, penjagaan dari segala sudut bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja akan tetapi memerlukan usaha bersepadu semua pihak walaupun pelbagai kempen kesedaran dianjurkan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan sukan Dwi Tahunan Taman-Taman Sabah kali ke-19 di kompleks sukan di sini pada Selasa.

Katanya, melalui penjagaan bersama ia juga dapat mengekalkan keindahan dan keaslian hasil hutan rimba dan mengelakan pencemaran daripada berlaku selain dapat mendidik masyarakat setempat tentang betapa pentingnya langkah tersebut.

“Langkah itu juga  dapat meningkatkan lagi kehadiran para pelancong luar dan dalam negara untuk berkunjung di kawasan taman-taman sabah di negeri ini sekiranya keindahan dan kebersihan dapat dijaga dengan baik,” jelas beliau.

Pada masa sama, beliau turut mengajak lapisan masyarakat agar bersama-sama menyalurkan maklumat bersama tentang pusat-pusat pelancongan yang terdapat di negeri ini agar segala maklumat dapat disalurkan secara meluas lagi.

Terdahulu berucap merasmikan kejohanan itu, Tengku Adlin berharap para kakitangan yang menyertai kejohanan yang diadakan itu dijadikan sebagai platform dalam mengeratkan lagi hubungan sillaturahim dan perpaduan serta semangat kesukanan dikalangan semua pihak ini disebabkan sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas mereka.

Selain itu katanya, melalui kejohanan ini juga mereka dapat berkenal dan mengkongsikan pengalaman mereka di antara satu sama lain selain bersaing secara sihat melalui acara yang dipertandingkan.

Komen


Berita Berkaitan