Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelepasan Khas Pada 8 Julai Untuk Penjawat Awam Negeri Sabah

7:29pm 30/06/2016 Pak Roshan 2097 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

penjawat

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah bersetuju untuk memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai kepada penjawat awam negeri jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan jatuh pada 6 Julai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata ini selaras dengan keputusan dibuat di peringkat kerajaan Persekutuan untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, pelepasan khas itu tidak terpakai jika Hari Raya diisytiharkan jatuh pada 5 Julai.

“Sehubungan itu, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan negeri hendaklah memberi perhatian ke atas cuti umum Hari Raya Aidilfitri dan hari pelepasan khas ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan