Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PELELONGAN BUAYA BATAL, REPTILIA AKAN DIMATIKAN

Buaya berkenaan dalam kurungan di Potuki. Gambar Fail SNT/Ehsan Jabatan Hidupan Liar

KOTA KINABALU: Pelelongan dua ekor buaya yang dijadualkan esok tidak akan diteruskan atas masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata jabatan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Katanya buaya berkenaan juga tidak akan dilepaskan di kawasan lain memandangkan reptilia ini adalah spesis territorial dan dikhuatiri akan mengakibatkan konflik dengan populasi sekitar.

Oleh itu buaya betina dan jantan ini akan dimatikan, katanya.

Di laporkan buaya betina berukuran 8kaki 11inci telah ditangkap di Kampung Anak, Kinarut pada 26 Julai manakala buaya jantan itu pula yang berukuran 10kaki 9inci ditangkap berhampiran Kelly Bay Resort, Tuaran tiga hari kemudian.

Buaya-buaya itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat di Potuki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikurung.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan