Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelbagaikan fungsi masjid: Jamawi

Jamawi (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada bendahari masjid Ar Rahman Tenom, Hassan Basri. – Gambar SNT / Ehsan Pejabat DUN Kemabong

TENOM: Fungsi masjid seharusnya dipelbagaikan agar tidak tertumpu sebagai pusat ibadah semata-mata.

Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar berkata, masjid bukan sahaja dijadikan tempat untuk menyebarkan syiar Islam, malah sebagai lokasi menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah.

“Masjid berfungsi sebagai institusi asas utama untuk mendukung peranan mengembangkan syiar Islam.

“Namun, umat Islam perlu meluaskan peranan rumah ibadat ini sebagai pusat pengembangan ilmu, budaya dan turut sebagai pusat membangunkan ummah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Tenom di bilik mesyuarat masjid tersebut.

Ahli Masjid Ar Rahman Tenom yang hadir dalam mesyuarat agung tersebut. – Gambar SNT / Ehsan Pejabat DUN Kemabong

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong berkata, masjid juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat khususnya berkaitan dengan pembinaan sahsiah umat Islam itu sendiri.

Katanya lagi, suatu masa dahulu masjid berperanan menjana tamadun manusia dan menjadi pusat penggembangan Islam teragung.

Oleh yang demikian, katanya, peranan itu hendaklah dikembalikan sebagai titik tolak kepada tamadunan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Jamawi juga berbangga dengan pencapaian Masjid Ar Rahman Tenom yang menerima beberapa angureh di peringkat negeri dan berharap melalui anugreh yang diterima memberikan anjakan untuk jawatankuasa masjid terus kreatif dan pro aktif mempelbagaikan kegiatanya. – SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan