Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelbagai usaha terapkan nilai Islam dalam pentabiran negara

6:10pm 21/12/2015 Dewiana Tinggolongon 15 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

 

Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki memberi cendera kenangan kepada Datuk Hi Mohd Ariffin Mohd Ariff sebagai tanda terima kasih.- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki memberi cendera kenangan kepada Datuk Hi Mohd Ariffin Mohd Ariff sebagai tanda terima kasih.- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pelbagai usaha dan strategi  dibuat dalam mengamalkan nilai Islam dalam pentabiran negara sama ada dalam politik, undang-undang, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata suda tiba masanya usaha itu diukur secara saintifik mengikut acuan kita sendiri berasaskan prinsip Maqasid Syariah.

“Indeks Syariah Malaysia ini sangat baik iaitu menilai keseriusan kerajaan dalam melaksanakan Magasid Syariah serta mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan.

“Agar lebih banyak manfaat hasil dari penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam dapat diterima oleh rakyat tanpa mengira agama,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif sempena Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini (Isnin).

Musa berkata, rujukan utama Indeks Syariah Malysia ini adalah berdasarkan penyempurnaan lima aspek dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa,akal, keturunan dan harta.

Katanya, berdasarkan lima aspek itu, ukuran dan penilian akan dibuat bagi memastikan dasar-dasar dan program yang dibuat oleh kerajaan selari atau tidak dengan apa yang terkandung dalam tuntutan Maqasid Syariah.

“Sejak merdeka, Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara Islam contoh kerana berjaya mengurus negara berteraskan prinsip Islam.

“Bermula dengan memperkukuhkan asas kenegaraan dengan meletakkan batu asas yang kuat dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama persekutuan,” Ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berharap agar prinsip-prinsip Maqasid Syariah dapat difahami oleh semua jentera Kerajaan Negeri dan sedaya upaya menerapkan prinsip ini dalam apa jua dasar dan program kerajaan.

Jelasnya, pendekatan seumpama itu selaras dengan tuntutan ajaran Islam yang menitikberatkan aspek kesempurnaan dan ketelusan dalam apa jua lapangan kehidupan termasuk soal pengurusan pentabiran dan kepimpinan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan