Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,509

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelbagai usaha kerajaan manifestasikan Al Quran sebagai panduan hidup

3:16pm 20/04/2017 Leolerry Lajius 30 views i-Muslim,Tempatan

Mat Razi (tiga dari kiri), Syaikh Haji Ismail (empat dari kiri) dan Ibrahim (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan semua peserta program.

KOTA KINABALU : Kerajaan melakukan pelbagai usaha dan program untuk memanifestasikan Al Quran sebagai kitab panduan hidup kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Haji Mat Razi Mat Ali berkata, banyak program yang dibuat kerajaan untuk membangunkan Al Quran antaranya menubuhkan Institusi Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al Quran di setiap negeri.

“Di Sabah, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah isytihar daripada Maahad Tahfiz Al Quran akan jadi Institut Tahfiz Al Quran untuk melahirkan lebih ramai golongan Hafiz dan Hafizah.

“Kerajaan juga memperkenalkan Skim Pengajian Tahfiz agar penghafal-penghafal Al Quran diberikan elaun khusus atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran,”katanya.

Menurutnya, sejak tahun 1990an kerajaan menubuhkan  Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Takmir selain meningkatkan elaun guru KAFA dan Takmir dari RM 800 ke RM 900 serta dari RM 750 ke RM 850.

Selain itu,​ katanya, sejak tahun 1960, kerajaan menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) yang kini dipadukan dengan pertandingan hafazan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Kerajaan juga memberi kursus kepada peserta MTAQ peringkat antarabangsa dari luar negara untuk diperbaiki bacaannya oleh pakar-pakar kita dan akhirnya ilmu itu akan dibawa pulang ke negara mereka,”jelasnya.

Tambahnya, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)  juga mengeluarkan buku-buku tafsir Al Quran serta meluluskan penerbitan Al Quran brill untuk kegunaan golongan OKU.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Interaktif Al Quran Bersama Imam Besar Masjid Negara di Masjid Negeri, Sembulan, baru-baru ini.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad berkata, program itu bertujuan memberi ruang kepada Masjid Negara berkongsi pengalaman dan kemahiran kepada masyarakat terutama para imam dan pegawai masjid untuk mempertingkatkan kualiti serta penguasaan bacaan Al Quran sesuai dengan kedudukan para imam yang dipandang tinggi di mata masyarakat.

“Kemahiran dan penguasaan bacaan Al Quran para imam merupakan perkara pokok yang perlu dititik beratkan, kerana kualiti bacaan seorang imam dijadikan kayu ukur kepada imej profesionalisma seseorang imam,” katanya.

Program anjuran Masjid Negara dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan JAKIM Cawangan Sabah itu disertai kira-kira 150 orang imam, bilal dan noja masjid dari seluruh Sabah.

Hadir sama Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Ibrahim Haji Kisab./PENERANGAN

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan