Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelbagai tawaran menarik kepada pemilik kenderaan jenama Hyundai

Philip (empat dari kiri) menerima skrol bertuah. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Philip (empat dari kiri) menerima skrol bertuah. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU: Rightpower Corporation Sdn Bhd menawarkan beberapa pakej menarik bagi para pemilik kereta jenama Hyundai.

Diantara pakej menarik yang ditawarkan syarikat tersebut ialah diskaun sehingga RM14,000 bagi model Elantra sports, kata Pengarah Urusan Rightpower, Philip K.K Lau.

“Elantra mempunyai rekaan yang menarik dan menerima lebih 17 anugerah bertaraf antarabangsa.

“Saya berharap agar orang ramai dapat mengambil peluang ini untuk memiliki kereta ini dalam masa yang singkat ini,”kata Lau.

Beliau berkata demikian semasa majlis rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina di bangunan Rightpower Hyundai di Pusat Komersil WK, di sini, hari ini.

Disamping itu, pakej servis kereta berjumlah RM 88 turut diberikan khas kepada pemilik kereta model Atos, Getz, Accent dan Matrix yang melebihi tempoh lima tahun.

Pakej tersebut termasuk minyak pelincir enjin, penapis minyak, dan pemeriksaan percuma.

Selain itu, syarikat tersebut turut menawarkan waranti selama lima tahun dan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 50,000 km bagi model terbaru Tucson TL. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Philip K. K Lau. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Philip K. K Lau. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan