Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelbagai langkah tangani kesan bekalan air akibat cuaca panas

6:34pm 12/06/2014 Pak Roshan 39 views Sandakan,Tempatan

air

SANDAKAN: Cuaca panas yang teruk serta kemarau panjang akan memberi kesan terhadap bekalan air kepada pengguna.

Oleh demikian, langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan pengguna-pengguna mendapat bekalan air secara adil dan saksama adalah dengan melaksanakan catuan air melalui pengagihan bekalan air berjadual di negeri-negeri terlibat.

Melalui kaedah ini, para pengguna akan dapat menyimpan air untuk kegunaan semasa ketiadaan air melalui air yang dibekalkan ke rumah tanpa perlu menunggu operator air menghantar bekalan air melalui lori-lori tangki atau tangki statik.

Selain itu, operasi pembenihan awan juga giat dijalankan untuk meningkatkan paras takungan air di empangan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata semasa menjawab soalan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin (gambar) dalam persidangan Dewan Rakyat kelmarin yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah yang disebabkan oleh cuaca panas yang teruk seperti kemarau panjang.

Memandangkan cuaca panas dan kemarau memberi kesan terhadap sumber air mentah yang merupakan bidang kuasa kerajaan negeri, langkah-langkah persediaan juga turut dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri, tambah Menteri.

Kerajaan Persekutuan juga menubuhkan jawatankuasa peringkat kebangsaan bagi menangani kesan fenomena El Nino terhadap bekalan air dan sektor-sektor yang berkaitan di seluruh Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri bagi mengenal pasti langkah-langkah persediaan untuk menangani impak fenomena El Nino terhadap bekalan air. Jawatankuasa ini dijangka akan mengadakan mesyuarat pertama pada pertengahan bulan ini, katanya lagi.

Menteri juga menyeru semua pengguna air untuk sentiasa berjimat menggunakan air. Langkah ini boleh bantu untuk memastikan simpanan air mentah boleh bertahan terutamanya untuk menghadapi kemungkinan El Nino dan juga Monsun Barat Daya kelak.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan