Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelbagai aktiviti sempena Hari Kemerdekaan Amerika, 26 – 28 Jun

KOTA KINABALU: Pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat yang diadakan di negeri ini bermula 26 Jun hingga 28 Jun ini.

Menurut Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir, sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat iaitu pada 4 Julai yang turut dirayakan bersama rakyat Sabah setiap tahun.

“Antara aktiviti yang diadakaan adalah konsert muzik Jazz yang berlangsung semalam dan skateboarding hari ini hingga esok,” kata beliau ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, pagi Rabu.

Selain itu, pihaknya turut bertemu dengan barisan kerajaan yang baharu bagi mengetahui polisi dan perubahan yang akan dilakukan.

Tambah Kamala, kedutaan Amerika Syarikat juga berkerjasama dalam membangunkan sektor pendidikan, hidupan liar, keselamatan dan pelaksanaan undang-undang./PENERANGAN-

Kamala (kiri) menyampaikan cenderahati berbentuk buku ANSEL ADAMS 400 PHOTOGRAPHS kepada Tun Juhar (kanan).

Komen


Berita Berkaitan