Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelbagai aktiviti pelajar sempena Hari Kerjaya Kolej ATI

Dua orang pelajar sedang mengukir buah Tembikai
Dua orang pelajar sedang mengukir buah Tembikai

KOTA KINABALU – Suasana meriah dengan pembukaan gerai-gerai dan pelbagai aktiviti menarik ditunjukkan oleh para pelajar Kolej ATI sempena Hari Kerjaya Kolej ATI 2015 pada hari ini.

Menurut Pengurus Perhubungan Pemasaran, Jerelyn Lai berkata, Hari Kerjaya yang bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 5 petang itu merupakan satu peluang kepada orang ramai untuk lebih mengetahui Kolej ATI.

“Belajar di sini bukan hanya menumpukan pengajaran yang diberikan oleh pensyarah di kelas tetapi pelajar juga digalakkan untuk melakukan sesuatu latihan praktikal daripada apa yang telah dipelajari,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini.

Katanya, Kolej ATI percaya kemahiran merupakan faktor penting dalam memaksimumkan potensi seseorang pelajar terutamanya dalam industri Pelancongan dan Hospitaliti.

Jerelyn berkata, kebanyakan pelajar Kolej ATI tidak mengalami masalah pengangguran, malah terdapat juga pelajar yang sudah bekerja ke luar negara dalam bidang yang mereka pelajari.

Sempena Hari kerjaya itu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh pelajar antaranya memasak dan pertunjukan pastri, kelas ukiran buah-buahan, pertunjukan makanan dan minuman, sesi mengenali Unduk Ngadau dan persembahan video serta ceramah daripada jabatan akademik bidang Pelancongan, Hospitaliti, Kulinari dan Bisnes.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Kolej ATI akan mengadakan pendaftaran pengambilan pelajar baharu untuk bulan April dan Mei 2015.
Bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut disediakan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan