Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelbagai acara sambut gerhana matahari

10:09am 08/03/2016 Pak Roshan 382 views Global
SEKUMPULAN pelajar Indonesia menyiapkan cermin mata khas untuk digunakan melihat gerhana matahari esok.

SEKUMPULAN pelajar Indonesia menyiapkan cermin mata khas untuk digunakan melihat gerhana matahari esok.

Jakarta: Pelbagai acara diatur sempena gerhana penuh matahari yang akan dapat disaksikan di beberapa wilayah di Indonesia esok.

Ia termasuk festival, ritual suku kaum dan solat khas gerhana.

Dari kawasan hutan di Sumatra, barat Indonesia hingga ke Kepulauan Maluku di timur, ribuan pelancong asing dan tempatan sudahpun bersiap sedia untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.

Acara khas, termasuk festival muzik dan perlumbaan bot naga sempena kejadian itu sudah siap diatur.

Indonesia menjadi satu-satunya negara di dunia yang akan dapat melihat gerhana matahari itu.

Puluhan wilayah negara itu, termasuk Sumatera Barat, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Banga-Belitung, Kalimantan Timur dan Maluku Utara dikenal pasti sebagai kawasan yang dapat menyaksikan kejadian singkat, tetapi amat bersejarah itu.

Gerhana separuh pula dapat dilihat di utara Australia dan beberapa bahagian di Asia Tenggara.

Bagi kebanyakan Muslim di negara paling ramai umat Islam di dunia itu, pengalaman itu disambut secara spiritual dengan ulama menggesa dilakukan solat khas gerhana.

“Solat itu melambangkan kebesaran Allah SWT yang menciptakan fenomena menarik itu,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin.

Namun, bagi penduduk asli yang berjumlah sehingga 70 juta orang, fenomena itu ditakuti.

Suku masyarakat Dayak di sebahagian pulau Borneo akan mengadakan ritual bagi memastikan gerhana itu tidak berpanjangan.

Antara ritual yang akan diadakan ialah persembahan tradisional dan upacara keagamaan untuk memastikan matahari tidak hilang.

Gerhana penuh matahari berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari. .

Dalam kejadian esok, bulan dijangka bergerak melintasi matahari di Sumatera pada jam 6.20 pagi (7.20 pagi) waktu Malaysia sebelum gerhana itu berlaku di seluruh Sulawesi dan Borneo dan kemudian bergerak ke Maluku dan seterusnya ke Lautan Pasifik. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan