Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelbagai acara menarik sempena Earth Hour 2015

IMG_20150324_100028
UMUM PROGRAM MENARIK… Abidin (tiga dari kiri) mengumumkan program sempena Earth Hour 2015 di Bangunan DBKK, hari ini.

KOTA KINABALU – Bersempena sambutan kempen Earth Hour 2015 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu ini, pelbagai program dan aktiviti menarik akan diadakan untuk orang ramai termasuk persembahan hiburan dan gerai jualan.

Majlis perasmian kempen yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu akan berlangsung di Waterfront dan disempurnakan oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir tepat jam 8.30 malam.

“Selepas majlis perasmian berlangsung, acara berbasikal Earth Hour Ride sejauh 15 kilometer yang dijangka disertai kira-kira 500 peserta akan dilepaskan dari Hyatt Regency Kinabalu,” kata Abidin pada sidang media di Bangunan DBKK di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara berbasikal itu boleh menghubungi Cindy Vun di talian 088-295051 atau Victor Wong 010-9417389. Pendaftaran peserta juga akan dibuka pada Sabtu ini bermula jam 6 petang di Hyatt Regency Kinabalu.

“Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap peserta, namun mereka perlu mematuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak penganjur,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, lampu jalanraya beberapa kawasan sekitar bandaraya ini akan ditutup sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Antara kawasan yang terlibat ialah jalan sepanjang Teluk Likas hingga ke bulatan Masjid Bandaraya, Segama, Waterfront, Sinsuran, Jalan Mat Salleh, First Beach Tanjung Aru, Jalan Tun Razak dan sekitar Karamunsing.

Kempen tersebut dianjurkan oleh DBKK dengan kerjasama Hyatt Regency Kinabalu dan Tabung Alam Sekitar Sedunia (WWF) Malaysia.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan