Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelayan restoran tipu wanita tempatan ditangkap

10:50am 21/11/2016 Pak Roshan 49 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KENINGAU: Seorang pelayan restoran ditangkap polis kerana menipu seorang wanita tempatan dengan menawarkan untuk mengurus anak angkat yang tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Lee Nyuk Kim berkata, lelaki tempatan yang berumur 42 tahun berasal dari Kg. Ansuan Telupid itu menjanjikan mengurus seorang anak angkat dan akan dihantar kepada pengadu (mangsa) pada 12 Ogos 2016 lebih kurang jam 2.00 petang di Keningau.

Katanya, disebabkan percaya dengan kata-kata suspek, pengadu yang berumur 48 tahun itu telah memasukkan wang sebanyak RM1,100.00 ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek untuk tujuan mengurus penghantaran anak angkat tersebut ke Keningau.

“Namun sehingga laporan polis dibuat pada 15 Ogos 2016 lebih kurang 11.33 pagi di IPD Keningau pengadu tidak menerima anak angkat seperti yang dijanjikan oleh suspek dan pengadu gagal menghubungi suspek,” kata Lee dalam sidang media di IPD di sini pada Sabtu.

Walau bagaimanapun katanya, ekoran laporan polis yang dibuat oleh pengadu, pada 7 November lepas lebih kurang jam 1.00 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang diketuai oleh Inspektor Mohd Khairuddin Bin Ahmad Haris telah menangkap seorang lelaki bersabit siasatan penipuan pengurusan pengambilan anak angkat.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit berwarna hitam model ECO TECH, satu SIMKAD Celcom dan satu keeping kad ATM BSN daripada suspek.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Sehubungan dengan kes ini Lee menasihatkan orang awam di daerah ini agar tidak muda terpedaya dengan tawaran palsu untuk mengurus pengambilan anak angkat dari mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, gunakan saluran yang betul dalam mengambil anak angkat bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan