Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelawak Atu Zero Tamatkan Zaman Bujang

12:50pm 08/02/2016 Pak Roshan 1665 views Hiburan,Mutakhir

zero

BATU PAHAT – Pelawak Atu dari kumpulan Zero menamatkan zaman bujangnya dengan memilih pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30, sebagai teman hidup.

Dengan sekali lafaz, Atu, 24, atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, sah bergelar suami pada majlis akad nikah yang berlangsung jam 10 pagi di kediaman ibu bapa pengantin perempuan di Peserai, di sini.

Atu yang kelihatan tenang ketika upacara akad nikah dijalankan turut menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan menyarungkan sebentuk cincin serta seutas gelang tangan kepada pengantin perempuan.

atu650

Beliau turut menyerahkan wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran kepada isterinya itu manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Pelawak berkenaan sebelum ini mendedahkan beliau mengenali isterinya itu sejak setahun lalu sebelum kumpulan Zero memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2015.

Majlis persandingan kedua pengantin akan berlangsung di lokasi sama petang nanti manakala majlis bertandang di Sabah dijangka dibuat selepas rumah mereka yang sedang dibina disiapkan sepenuhnya. – BHarian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan