Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelawak Acappan meninggal dunia

Accapan

 

PELAKON dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2.43 pagi, hari ini.

Anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, ayahnya yang bernama sebenar Samynathan A/L Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Beliau banyak berlakon di dalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton.

Antara drama popular yang mengangkat namanya kepada peminat Melayu ialah sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan