Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelantikan Salleh Adalah Tepat, Kata Shabery

shabery-m14-Apr-11-600x360

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak adalah orang yang sesuai menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kata bekas menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata pelantikan Salleh tepat kerana bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 2011 yang pastinya arif tentang industri kandungan.

“Datuk Salleh tidak asing kerana pernah berada dengan kementerian iaitu menerusi Finas dan kalau nak orang yang tahu mengendalikan tentang kandungan beliau adalah orang yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan nota tugas kepada Salleh di sini hari ini.

Salleh yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia pada rombakan kabinet 28 Julai bagi menggantikan Ahmad Shabery yang ditukarkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, Ahmad Shabery juga yakin Salleh dapat membangun dan meningkatkan lagi prasarana komunikasi dan multimedia dalam negara menjelang ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.

“Tahun ini bermakna ada lima tahun, ‘last push’ untuk memacu Malaysia jadi negara maju dan sumbangan kementerian adalah jadikan negara maju terutama dalam telekomunikasi,” katanya.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Shabery turut mengingatkan Salleh bahawa Ogos adalah bulan paling sibuk bagi kementerian untuk sambutan Hari Kebangsaan, namun yakin Salleh mampu merealisasikannnya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan