Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelantikan Malanjum penghormatan kepada Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada sidang media khas berhubung pelantikan Tan Sri Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara di Shangri-la Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Rakyat tidak sepatutnya menggunakan isu bangsa dan agama untuk menilai pelantikan anak kelahiran Sabah, Tan Sri Richard Malanjum, sebagai Ketua Hakim Negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak patut dihakimi berdasarkan prestasi dan kredibiliti beliau.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, dalam soal bangsa dan agama masing-masing, saya fikir beliau (Malanjum) dapat melakukan yang terbaik. Kita tidak pernah mempunyai seorang (Ketua Hakim Negara) yang datang dari Sabah dan kami bersyukur serta menghormati bagi pihaknya.

“Ambil contoh negara Brunei, negara ini adalah negara Islam tetapi Ketua Hakim adalah seorang yang berketurunan Cina.

“Pelantikan ini adalah untuk kebaikan negara, jadi nilai berdasarkan kepada kerja mereka, apa yang boleh dilakukan untuk negara, dan bukan kerana bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Tambahan kepada penghargaan kerajaan negeri kepada Persidangan Raja-Raja dan Perdana Menteri, Mohd Shafie menekankan pelantikan Malanjum bukan berdasarkan pengalamannya semata-mata tetapi kedudukannya yang paling kanan dalam institusi undang-undang negara.

Beliau berkata, ini adalah sejarah bagi Sabah untuk mempunyai seseorang dari negeri yang diberikan kedudukan tertinggi dalam undang-undang negara.

“Saya yakin beliau akan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara.

“Beliau adalah seorang tokoh terkenal dalam badan perundangan negara,” katanya.

Dengan pengalaman kira-kira 40 tahun, Malanjum juga sudah membantu beratus penduduk kampung untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri dan berkaitan melalui mahkamah bergerak di tempat terpencil di Sabah, serta memperkenalkan sistem e-filing di mahkamah Sabah dan Sarawak. –¬†Avila Geraldine/BH Online

Komen


Berita Berkaitan