Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelantikan Madius cerminan keyakinan & kepercayaan PM: UPKO

Donald Mojuntin (dua dari kiri).
Donald Mojuntin (dua dari kiri).

KOTA KINABALU – Pelantikan Pemangku Presiden Parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau mencerminkan keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin berkata, parti itu mengalu-alukan pelantikan Madius ke dalam jemaah Kabinet Persekutuan seperti diumumkan oleh Najib, semalam.

“UPKO berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau ke atas pemimpin tertinggi UPKO untuk menyandang jawatan menteri yang mempunyai portfolio penuh. Dalam masa yang sama, UPKO juga merasa bangga dan memberi penghargaan tinggi atas usaha dan perkhidmatan menteri Mosti yang lalu, Datuk Dr. Ewon Ebin,” katanya dalam kenyataan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada SayangSabah di sini hari ini.

Selain Madius yang dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said turut disenarai ke jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Donald, Ewon telah mewakili UPKO sebagai menteri Persekutuan dengan cemerlang dan UPKO menganggap rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Najib sebagai perkara yang biasa dilakukan dalam tempoh separuh sesuatu penggal.

Perkara ini, jelas beliau lagi adalah prerogatif atau dalam bidang kuasa seseorang Perdana Menteri dan ia hanya dilakukan selepas pertimbangan yang sewajarnya.

Dengan rombakan ini, UPKO menaruh harapan bahawa Perdana Menteri mempunyai pasukan jemaah kabinet yang akan  bekerjasama untuk  memastikan semua polisi dan program yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara dapat dilaksanakan dengan cara yang berkesan.

Menurutnya, UPKO sangat yakin dan percaya bahawa Madius akan memain peranannya dengan sebaiknya dan dengan efektif mengikut tradisi yang telah dimulakan oleh Tan Sri Bernard Dompok semasa beliau mewakili UPKO dan Sabah sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan