Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelanggan Melayu boikot

mcd

SHAH ALAM – Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald’s yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

“Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.

Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar.

Hanya kelihatan beberapa orang pelanggan bukan Melayu menikmati hidangan di situ.

Pekerja berkenaan juga turut terkesan dengan kes boikot ekstrem yang berlaku di Dungun Terengganu baru-baru ini.

Walaupun tiada ancaman diterima, tetapi dia meluahkan ras takut dan tidak selamat dengan ancaman orang ramai yang memboikot keras jenama itu.

“Ada rasa takut juga, saya memakai jaket untuk melindungi pakaian seragam ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan