Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelanggan Maxis kini boleh menikmati 4G dengan pelan prabayar dan pascabayar yang terbaik

3:40pm 31/03/2016 Leolerry Lajius 105 views Perniagaan,Tempatan
Morten Bangsgaard (dua dari kiri) bersama artis tersohor negara ketika majlis pelancaran tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Morten Bangsgaard (dua dari kiri) bersama artis tersohor negara ketika majlis pelancaran tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pengguna Maxis yang berada di kawasan luar bandar kini boleh menikmati kelajuan internet 4G pada telefon mudah alih mereka dengan kelajuan tanpa gangguan dengan pelan prabayar dan pascabayar yang terbaik.

Bagi pelanggan Maxis di Sabah dan Sarawak, penembusan penggunaan telefon pintar adalah sebanyak 70% dan masih lagi meningkat.

Antara tahun 2014 dan 2015, pelanggan yang mempunyai akses 3G meningkat sebanyak 55% dan 4G adalah 20% lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Maxis Morten Bangsgaard, pihak Maxis sedang membuat pelaburan yang tinggi untuk mengukuhkan insfrastruktur rangkaian di kedua-dua negeri ini supaya pelanggan dapat menikmati kelajuan 4G yang hebat pada telefon mereka.

“Pada masa ini, Maxis mempunyai liputan 4G melebihi 90% di Kota Kinabalu dan Kuching dan melebihi 80% di kawasan-kawasan luar bandar.”

“Di Sabah, pelanggan di Kota Kinabalu, Labuan, Laha Datu, Sandakan dan Tawau telah menikmati kelajuan internet 4G dan akan ditawarkan ke pekan-pekan lain termasuk Bongawan dan Kota Marudu dalam masa yang terdekat,” katanya ketika ditemui media sempena pelancaran perkembangan rangkaian 4G di Kompleks Beli Belah Suria Sabah.

Tambah beliau, bagi membolehkan para pelanggan menikmati rangkaian 4G pihak Maxis telah memperkenalkan beberapa pelan internet yang menarik.

“Khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, kami telah membaharui pelan MaxisONE supaya pelanggan boleh menikmati data tanpa had sepanjang malam dari jam 1.00 pagi sehingga jam 7.00 pagi dan sehingga 12GB sepanjang hari dengan hanya RM68.00 sebulan,”katanya.

Untuk pelanggan prabayar, pelanggan boleh menikmati Facebook berkelajuan tinggi tanpa had percuma dan internet berkelajuan tinggi serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan Hotlink Superr Internet dan bagi pelanggan pascabayar boleh menikmati rangkaian 4G dengan harga serendah RM19.00 sebulan melalui Maxis Zerolution.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan