Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancongan Di Sabah Tidak Terjejas Ekoran Serangan Di Mabul – Matta

sabahtourism

KUALA LUMPUR — Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) hari ini menyangkal dakwaan pelancongan di Sabah terjejas berikutan serangan di Pulau Mabul, Semporna.

 

Naib Presiden Perjalanan Ke dalam Negara Matta Tan Kok Liang berkata aktiviti menyelam di Sabah menyumbang enam peratus kepada industri pelancongan di Sabah sementara komponen lain seperti mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), golf, libur dan rekreasi masih tidak menerima kesan buruk daripada insiden itu.

 

“Industri pelancongan kini berada dalam keadaan kurang aktif terutamanya selepas kehilangan penerbangan MH370 awal Mac tahun ini dan kejadian penculikan beberapa bulan lepas.

 

Piala Dunia 2014 di Brazil juga mempengaruhi corak perjalanan pelancong-pelancong,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kota Kinabalu.

 

Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang polis marin, Koperal Ab Rajah Jamuan dan menculik Konstabel Zakia Ali.

 

Sementara itu, beliau berharap kemerosotan ketibaan pelancong Cina yang merupakan 40 peratus daripada 3.5 juta pelancong yang dianggarkan berada di Sabah akan berakhir kerana warganegara China memerlukan masa untuk meredakan kemarahan dan emosi mereka.

 

Tan juga menggesa mereka yang berkepentingan supaya tidak terganggu dengan isu keselamatan terkini, sebaliknya mengkaji semula strategi pemasaran semasa, kualiti perkhidmatan dan pembangunan produk untuk meningkatkan ketibaan pelancong di negeri itu.

Komen


Berita Berkaitan