Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong wanita warga China, pekerja resort di Semporna dipercayai diculik

8:04pm 03/04/2014 Pak Roshan 66 views Isu Semasa

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, dipercayai diculik sekumpulan lelaki jam 10.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek, kepada BH Online sebentar tadi. Mohammad berkata, kes berkenaan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

 Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kejadian itu, hari ini. Sementara itu. AP melaporkan, wanita warga China berkenaan berusia 28 tahun dan berasal dari Shanghai.

AFP yang memetik akhbar The Star pula melaporkan, dua wanita dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata, menyerbu resort peranginan berkenaan.

Gao Huayun, 29, dari Shanghai, yang sedang bercuti dengan kira-kira 60 pelancong dari negara berkenaan, dipercayai diambil dari bilik penginapan mereka sebelum dipaksa menaiki sebuah bot. Pekerja hotel Filipina berusia 40 tahun yang tidak diketahui namanya bagaimanapun tidak jelas bagaimana beliau dilarikan.

sumber: BHarian

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan