Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong wanita Korea mati lemas di Pulau Gaya

IMG_20150101_220027

KOTA KINABALU: Sambutan tahun baru 2015 menjadi kenangan manis terakhir bagi pasangan suami isteri warga Korea, apabila wanita itu ditemui mati lemas ketika mandi laut di pantai sebuah resort di Pulau Gaya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.57 petang itu, seorang pekerja memaklumkan kepada pengurus operasi pusat pelancongan terbabit mengenai kejadian pelancong wanita lemas.

“Pengurus itu bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut sebelum segera menghubungi polis selepas mendapati seorang pelancong wanita lemas dan dipercayai telah meninggal dunia,” menurut polis hari ini.

Siasatan polis di tempat kejadian mendapati pasangan pelancong dari Korea terbabit mandi laut di lokasi kejadian sejak jam 2.00 petang sebelum tiba-tiba wanita itu dibawa oleh arus ke tengah laut.

“Suami wanita itu berusaha membantu isterinya namun tidak berjaya, kemudian meminta bantuan daripada pekerja resort terbabit,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa yang dibantu pekerja resort kemudian berjaya menarik wanita itu ke tepi pantai, bagaimanapun mendapati mangsa yang berumur 30 tahun itu telah meninggal dunia.

Jarak antara tempat kejadian dengan pantai lebih kurang 30 meter.

Difahamkan, ketika kejadian cuaca dalam keadaan mendung dan berangin.

Pasangan terbabit mendaftar masuk ke resort itu sejak tengahari Rabu. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan