Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong salah tafsir polis yang sedang bertugas bersekongkol dengan perompak

10:05am 06/01/2016 Leolerry Lajius 11686 views Jenayah,Tempatan

 

Kenyataan yang dimuat naik pengadu melalui laman sosial facabook miliknya.

Kenyataan yang dimuat naik pengadu melalui laman sosial facabook miliknya.

KOTA KINABALU: Anggota polis yang sedang menjalankan tugas dokumentasi Ops Tapis di Kampung Air disalahtafsir oleh seorang pelancong dari Jepun bersekongkol dengan perompak.

Perompak tersebut telah  merompak wang milik pelancong  berjumlah RM1500.00 dan mangsa tersebut telah memuatnaik rakaman video dan gambar di laman sosial.

Salah faham itu bermula apabila pelancong tersebut dirompak oleh sekumpulan individu di Kampung Air pada 5 Januari lalu.

Pada ketika itu pengadu telah selesai makan di sebuah restoran di Kampung Air dan sedang berjalan kaki apa bila seorang perempuan  hampir kepada  pengadu dan memuji bentuk tubuh pengadu.

Saspek tersebut berkata bahawa badan pengadu seperti bentuk tubuh seorang ahli bina badan dan kemudian pengadu dan saspek berbual.

Saspek kemudian telah mengajak pengadu mengikutnya dan seterusnya menuju ke arah rumah penginapan saspek yang terletak di Tingkat 2 bangunan kedai.

Semasa sampai di rumah penginapan saspek (perempuan), terdapat 4 lelaki (saspek) di dalam rumah tersebut dan salah seorang daripada saspek lelaki telah mengambil dompet milik pengadu.

Saspek ada bercakap dengan pengadu tetapi pengadu tidak faham, dan saspek terus mengambil barang milik pengadu.

Setelah mengambil wang tunai milik pengadu, kesemua saspek telah beredar turun ke bahagian bawah kediaman tersebut.

Pengadu telah mengikut saspek sambil meminta dikembalikan wang tunainya yang diambil namun tidak dipedulikan oleh kesemua suspek  lelaki tersebut.

Semasa sampai di bahagian bawah rumah, pengadu masih meminta kembali wang tunainya sehingga timbul pertelingkahan antara mereka.

Pada masa yang sama, telah datang seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota Polis sambil menunjukkan pengenalan diri anggota Polis (kad kuasa).

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, apabila melihat ketegangan antara pengadu dan saspek, salah seorang anggota Narkotik, yang berada di kawasan berhampiran, yang ketika itu sedang mengendalikan proses dokumentasi, telah menegur kedua2 mereka  dan  telah memperkenalkan diri sebagai anggota Polis sambil menunjukkan kad kuasa Polis.

“Anggota Polis cuba bertanyakan permasalahan pengadu namun kedua-duanya tidak faham antara satu sama lain kerana masalah komunikasi (dialek Bahasa Inggeris yang digunakan oleh pengadu sukar difahami).

“Ketidakfahaman percakapan ini menyebabkan anggota Polis tidak dapat mengetahui kejadian sebenar yang berlaku kepada pengadu, cuma menasihatkan pengadu untuk membuat laporan Polis di Balai Polis,”katanya.

Susulan kejadian tersebut  lima orang suspek bersama seorang wanita ditangkap dan turut merampas wang tunai sebanyak RM1400.00.

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ops Tapis yang dijalankan oleh pihak Narkotik IPD KK telah menahan 9 orang saspek dan dibawa balik ke IPD KK untuk ujian air kencing.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan