Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong maut kerana lemas

3:14pm 15/11/2016 Leolerry Lajius 908 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita maut kerana lemas ketika mandi di kolam renang salah sebuah tempat penginapan di sini pada 13 November bersamaan hari ahad yang lalu.

Mangsa Sunhee Choi, 52 merupakan warganegara Korea maut kerana lemas selepas mandi di kolam berkenaan bersama anak perempuannya.

Menurut pengadu yang juga anak mangsa, pengadu hanya mandi sekejap sahaja dan telah naik untuk berehat manakala mangsa masih berada di dalam kolam, semasa berehat, tiba-tiba pengadu terdengar orang menjerit mengatakan ada orang lemas dan apabila mendengar jeritan tersebut pengadu terus turun ke dalam kolam untuk memberikan bantuan dengan menarik mangsa ke tepi kolam.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati pengadu dan mangsa telah datang ke Kota Kinabalu pada 11 November lalu secara persendirian tanpa melalui ejen untuk bercuti dan telah menginap di pusat penginapan berkenaan.

Mangsa telah diberikan bantuan oleh Life Guard dengan membuat CPR sementara menunggu pihak ambulan sampai, pada ketika itu mangsa tidak sedarkan diri, semasa CPR dilakukan ada keluar sisa-sisa makanan dan air warna merah daripada mulut mangsa.
Pada jam lebih kurang 1.55 pm pihak ambulan telah sampai dan memeriksa mangsa tetapi mangsa tidak sedarkan diri kemudian, mangsa telah di bawa ke Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabrth 1 untuk rawatan lanjut namun pada jam 2.36pm mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati bahawa lokasi kejadian adalah di kolam renang ¬†dengan kedalaman tempat mangsa lemas anggaran 1.4 meter. Jarak tempat mangsa lemas dengan pondok Life Guard lebih kurang 5 meter.”

“Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes di mana tidak sebarang kecederaan yang dialami pada tubuh badan mangsa dan dipercayai mangsa meninggal dunia akibat lemas di kolam renan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan