Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong ke bulan tahun depan

KAPSUL Crew Dragon akan diubah supaya dapat membawa manusia ke angkasa lepas. FOTO SpaceX

Miami (Amerika Syarikat): SpaceX akan menghantar dua orang awam yang sudah membayar untuk mengelilingi bulan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk berkata, dua-dua pelancong itu sudah membayar jumlah wang deposit yang besar.

“Kami teruja dapat mengumumkan SpaceX dihubungi dua orang awam berhubung perjalanan mengelilingi bulan lewat tahun hadapan.

“Ini memberi peluang untuk manusia kembali ke angkasa luar buat pertama kali dalam 45 tahun dan perjalanan mereka lebih laju dan jauh ke sistem suria berbanding sebelum ini,” katanya.

Ujian kesihatan dan latihan dijangka bermula tahun ini.

“Pasukan lain juga menunjukkan minat kukuh dan kami jangka lagi ramai akan mengambil bahagian.

“Maklumat lanjut akan diumum berkenaan pasukan penerbangan bergantung kepada kebenaram mereka serta pengesahan keputusan ujian kesihatan dan kecergasan,” kata Musk.

Pelancong itu akan menaiki kapsul Crew Dragon yang dijadual untuk ujian penerbangan tanpa pemandu, tahun ini.

Kapsul Crew Dragon berdasarkan rekaan yang kini digunakan untuk menghantar brangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan pengubahan untuk membawa manusia.

“Ia akan dilancar menggunakan roket Falcon Heavy SpaceX yang dijadualkan untuk ujian pada musim panas ini.

Roket itu akan menjadi “kenderaan paling berkuasa untuk sampai orbit selepas roket bulan Saturn V,” kata Musk.

“Dengan tujah pelancaran 5 juta paun, Falcon Heavy mempunyai dua pertiga kuasa Saturn V dan lebih dua kali ganda kuasa kenderaan pelancaran sedia ada,” katanya. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan