Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong Jepun ke Sabah meningkat 40,000 orang

Hirofumi (kiri) berbual mesra dengan Tun Juhar Mahiruddin (kanan) di Istana Negeri. - foto Jabatan Penerangan
Hirofumi (kiri) berbual mesra dengan Tun Juhar Mahiruddin (kanan) di Istana Negeri. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkenan menerima kunjungan Ketua Pejabat Konsul Jepun ke Sabah, Hirofumi Morikawa, di Istana Negeri pagi tadi.

Hirofumi yang memulakan perkhidmatannya di negeri ini pada Jun 2012 akan berpindah ke Medan, Indonesia akhir bulan ini.

Beberapa perkembangan positif dapat dilihat sepanjang perkhidmatannya termasuklah kemudahan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Tokyo, Narita sebanyak tiga kali seminggu.

Selain itu kehadiran pelancong Jepun ke negeri ini bertambah daripada 35,000 orang pada 2013 kepada 40,000 orang tahun lalu.

“Ini menunjukkan Kota Kinabalu sudah semakin dikenali di Jepun sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular, malah bilangan pelajar Jepun di Sabah juga mencatatkan pertambahan daripada lapan orang kepada 24 orang. Demikian juga pengusaha restoran makanan Jepun yang semakin berkembang di negeri ini,” jelasnya lagi.

Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Sabah diketuai Presidennya, Yahya Ahmad.

Kunjungan hormat itu bertujuan memaklumkan kepada Tun peranan persatuan untuk menjaga kebajikan dan membangunkan kesedaran ilmu pengetahuan dalam kalangan ahli persatuan agar lebih proaktif serta inovatif. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan