Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong jadi ‘busker’ kerana habis wang

BERITA disiarkan mengenai masalah dihadapi pelancong berkenaan. - DM
BERITA disiarkan mengenai masalah dihadapi pelancong berkenaan. – DM

New Delhi: Pelancong Australia dan Eropah di India terpaksa membuat persembahan jalanan di India selepas mesin pengeluar wang (ATM) ‘kering’ akibat keputusan kerajaan negara itu menyahwangkan wang 500 dan 1000 rupee.

Kumpulan kira-kira 12 pelancong dari Jerman, Perancis dan Australia itu bermain muzik serta menari menghiburkan penduduk tempatan dalam usaha mengumpulkan wang supaya dapat pergi ke kedutaan negara mereka di New Delhi bagi mendapat bantuan.

Kumpulan itu terkandas di Pushkar, timur laut Rajastan selepas kerajaan India membuat pengumuman mengejut itu, dua minggu lalu, menyebabkan bank serta ATM kehabisan wang.

Mereka dilihat menari dan menyanyi di depan poster yang tertulis ‘Anda boleh membantu kami. Masalah wang.’

Seorang daripadanya, warga Australia dikenali sebagai Jayden berkata: “Kami datang pada 8 November untuk melihat pesta Pushkar. Malangnya pada malam sama kerajaan mengumumkan penyahwangan wang berkenaan.

“Kami sudah kehabisan semua wang 100 rupee.”

Sementara itu, rakannya dari Jerman berkata, kumpulan itu setakat ini berjaya mengumpulkan 2,600 rupee (RM168).

Sementara itu, seorang peniaga berkata, itu kali pertama sejak berniaga 45 tahun ayng dia melihat orang asing membuat persembahan untuk mengutip wang. – Agensi/HMetro

POSTER merayu bantuan orang ramai. - DM
POSTER merayu bantuan orang ramai. – DM

Komen


Berita Berkaitan