Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong hilang, maklumat penemuan objek mencurigakan – APMM

10:26am 06/05/2016 Pak Roshan 381 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
apmm

gambar hiasan

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM) menggerakkan asetnya ke perairan Pulau Balabac, dekat sini, selepas penduduk mendakwa melihat objek mencurigakan di kawasan itu, jam 6 pagi tadi.

Sebuah bot digerakkan ke lokasi itu untuk pemeriksaan lanjut, namun setakat ini tidak dapat dipastikan objek yang ditemui serta kaitannya dengan kehilangan empat mangsa, termasuk tiga pelancong di perairan Kudat, sejak Isnin lalu.

Pengarah APMM Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz, berkata pasukan perubatan turut dibawa ke lokasi berkenaan.

Empat orang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah bot dari Pulau Balambangan ke Tanjung Simpang Mengayau, di sini, petang Isnin lalu, sebelum kehilangan mereka dilaporkan oleh pemilik bot, keesokannya.

Mereka adalah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun; warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan